Majlis Dekan Perubatan Universiti Awam Malaysia (MDFPUAM) merupakan satu organisasi di bawah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang ditubuhkan dengan objektif berikut:
a) Menjadi platform kepada ahli MDFPUAM untuk berbincang isu dan cabaran yang dihadapi berkaitan Program Perubatan.
b) Menjadi platform kepada ahli MDFPUAM untuk berkongsi standard dan amalan baik yang dijalankan di universiti masing-masing.
c) Menjadi platform kepada ahli MDFPUAM untuk merancang dan melaksana aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi untuk kepentingan dan kecemerlangan bersama;
d) Menjadi penghubung strategik dengan pihak-pihak berkepentingan berkaitan; dan
e) Menjadi penggerak bersama dalam memajukan masyarakat dan negara.


Visi
Membangunkan satu hab program latihan kepakaran perubatan global yang progresif, komprehensif, keboleh sesuaian, responsif, dan mampan, membentuk pakar yang tidak hanya mempunyai pengetahuan yang mendalam dan mahir dalam bidang mereka tetapi juga inovatif, fleksibel, dan responsif terhadap landskap perubatan yang sentiasa berubah.
Ahli Majlis
Ahli terdiri daripada Dekan Fakulti Perubatan daripada semua Universiti Awam Malaysia.

Prof. Dato’ Dr. Yang Faridah Abdul Aziz
Universiti Malaya

Prof. Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin
Universiti Sains Malaysia

Prof. Dr. Asri Said
Universiti Malaysia Sarawak

Prof. Dr. Fazah Akhtar Hanapiah
Universiti Teknologi MARA

Prof. Dr. Mohd Aznan Md. Aris
International Islamic University Malaysia

Prof. Madya Dr. Razrim Rahim
Universiti Sains Islam Malaysia

Prof. Datin Dr. Marina Mat Baki
Universiti Kebangsaan Malaysia

Prof. Dr. Harmy Mohd Yusoff
Universiti Sultan Zainal Abidin

Prof. Dr. Normala Ibrahim
Universiti Putra Malaysia

Brig. Jen. Dr. Mohd Arshil Moideen
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Datuk Dr. Mohd Yusof Hj. Ibrahim
Universiti Malaysia Sabah



